REKA BENTUK :
Sebuah Roda
dengan pen di tengahnya dan bertonggak buku yang terbuka di bawahnya dan diapit pula dengan bunga raya dan obor yang sedang menyala.
COGANKATA : Berilmu,
Beramal dan Berakhlak
LAMBANG DAN
PENGERTIAN
Buku :
Buku sebagai asas
bahan pengajaran dan pembelajaran dan sumber
ilmu. Melambangkan usaha yang tidak
berhenti menimba ilmu sama ada
dunia atau akhirat
Bunga :
Melambangkan
keharmonian sekolah serta usaha
sama antara guru, murid dan
masyarakat untuk memajukan sekolah. Melambangkan disiplin murid yang cemerlang seiring
dengan kejayaan akademik.
Roda :
Roda kehidupan yang
perlu diketahui oleh murid. Murid harus memahami konsep ini kerana setiap benda
ada roda kehidupan. Bulat juga melambangkan satu yang ‘fleksibel’
dan boleh bergerak ke semua arah dan tidak kaku. Melambangkan murid dan warga
pendidik yang aktif dan dinamik.
Obor :
Lambang Kokurikulum
dimana kokurikulum merupakan salah satu elemen penting dalam pendidikan demi kemenjadian murid sejajar dengan 6 aspirasi murid
sekaligus menggilap asas kepimpinan alam
diri mereka kerana murid sekarang bakal menjadi pemimpin masa hadapan.
Pen : Melambangkan puncak kecemerlangan akademik.
WARNA DAN
PENGERTIAN
1. Warna Merah : Lambang Keberanian. Murid perlu berani menghadapi cabaran masa kini .
2. Warna Putih :
Lambang Kejujuran, niat hati yang bersih, ikhlas dan suci untuk membina ilmu pengetahuan dunia dan akhirat.
3. Warna Biru Tua : Lambang perpaduan antara guru-guru dan masyarakat setempat dalam usaha mendidik anak bangsa agar menjadi rakyat yang berwibawa tinggi.
4. Warna Kuning : Lambang Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
5. Warna Hijau : Lambang
ilmu kerohanian yang perlu ada dalam setiap diri individu.
No comments:
Post a Comment