SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN RAJA
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Raja diambil sempena nama Kampung Pengkalan Raja. Kampung ini dinamakan Pengkalan Raja kerana pada akhir tahun 30an kerana Sultan Johor ( DYMM Sultan Ibrahim ) dan kerabatnya sering berburu di kawasan ini. Sebelum berburu, baginda akan singgah dahulu di rumah penghulu kampong ini, iaitu Penghulu Sabtu. Kemudian barulah baginda pergi berburu. Lama-kelamaan kampong ini dikenali sebagai kampung tempat pengkalan sultan berburu.
Sekolah ini mula didirikan dengan sebuah bangunan pada tahun 1947 di atas tanah milik Tuan Haji Mansor Hudari di Batu 30, Pengkalan Raja dengan permulaanya seramai 27 murid dan 2 orang guru. Sekolah ini diasaskan oleh Cikgu Hisham bin Abu iaitu anak jati kampung ini. Beliau berkelulusan dari Maktab Perguruan Tanjung Malim (UPSI). Pada sekitar tahun 1970, bangunan sekolah ini roboh dipukul ribut. Pelajar-pelajar ditempatkan sementara di balai raya kampung ini.
Pada Tahun 1972, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru di Batu 29, Pengkalan Raja. Bangunan baru ini mempunyai 3 bilik darjah dan muridnya berjumlah 74 orang murid dengan 5 orang guru sebagai tenaga pengajar. Guru Besar yang mentadbir ialah Cikgu Ahmad bin Mohd Amin diikuti oleh Cikgu Abdullah bin Johari dan Cikgu Abdullah Abdul Rahman. Dari segi pendidikan, kebanyakkan penduduk telah mengalami dan menerima pendidikan selepas merdeka manakala hanya segelintir sahaja warga emas yang pernah menempuh zaman sebelum merdeka.
Pada tahun 1984, bangunan 3 bilik darjah telah dibina dengan bilangan murid seramai 115 orang dan bilangan guru seramai 8 orang. Selepas itu, pada 1993, Bangunan 2 tingkat telah siap dibina dengan jumlah 5 bilik darjah dan 1 bengkel Kemahiran Hidup. Walau bagaimanapun, sebuah bilik darjah aras bawah telah diubahsuai menjadi sebuah Makmal Sains. Pada 1 September 2003 sebuah Makmal Komputer telah siap dibina bagi memenuhi keperluan ICT murid. Walau bagaimanapun, bangunan Makmal Komputer tersebut mengalami masalah dari segi binaan dan teknikal yang menyebabkan ia diubahsuai beberapa kali dan akhirnya ia diruntuhkan dan dibina baharu.
Bagi melengkapkan kemudahan dan keselesaan pembelajaran murid-murid, pada tahun 2009, pembinaan sekolah yang baru telah dibuat. Sebahagian murid terpaksa ditempatkan di kabin. Semua kabin berjumlah 6 buah dengan 2 buah bilik darjah, sebuah pejabat, sebuah bilik guru besar, sebuah bilik guru dan sebuah perpustakaan. Segala dugaan dan penderitaan selama tinggal di dalam kabin akhirnya berakhir setelah 2 blok bangunan 4 tingkat telah siap dan mula diduduki pada akhir tahun 2011. Pada tahun 2014, sebuah makmal komputer yang baharu akhirnya telah dapat digunakan setelah dibaik pulih beberapa kali. Kini SK Pengkalan Raja mempunyai 2 blok bangunan 4 tingkat, 1 blok bangunan lama 2 tingkat, 1 bangunan kantin sekolah dan sebuah makmal komputer.
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Raja telah berjaya dalam pelbagai bidang baik akademik mahupun kokurikulum atas kerjasama yang utuh dan erat di kalangan warga pendidik , ibu bapa, komuniti dan para pelajar. Sejajar dengan kecemerlangan yang diperolehi dalam UPSR dan kokurikulum, sekolah ini telah mendapat baiah selama 2 tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2013 dan 2014. Seterusnya pada tahun 2015 sekolah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Raja telah berjaya dalam pelbagai bidang baik akademik mahupun kokurikulum atas kerjasama yang utuh dan erat di kalangan warga pendidik , ibu bapa, komuniti dan para pelajar. Sejajar dengan kecemerlangan yang diperolehi dalam UPSR dan kokurikulum, sekolah ini telah mendapat baiah selama 2 tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2013 dan 2014. Seterusnya pada tahun 2015 sekolah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
No comments:
Post a Comment